Pages

Thursday 14 April 2016

Demam konvo

Alhamdulillah. Petang semalam murah rezeki ada customer berbesar hati belanja kami satu kedai makan pizza.

Dah kenyang makan pizza aku letak lah lebihan pizza tadi dalam bilik refraction (bilik cek mata). Nampak improper biar terdedah dekat kaunter casher macam tu kan. 


Malam tu ada customer pakcik usia lingkungan 50an nak buat spect baru. Baru nak cek mata pakcik tu bersuara.

"Sedapnya pizza. Nak bagi saya ke?"

"Alhamdulillah pakcik ni customer belanja tadi lebihan. Pakcik nak ambil la."

"Baiknya customer belanja. Takpela awak makan la."

"Aah pakcik. Customer tu beli sunglass tadi."

"Awak memang ambil bidang ni ke?"

"Ye pakcik. Baru je habis belajar ni. Hujung bulan ni baru nak konvo."

"Eh ye ke. Baru lagi la kerja bidang ni eh."

"Kerja dah 8bulan lebih dah. Konvo je yang belum. Sesi konvo tahun ni lewat skit. Hihi."

"Ooo. Takdela baru sangat kerjanya. Dah masuk 8blan dh ye. Belajar mana?"

"Belajar UiTM."

"Habis belajar terus dapat kerja ye?"

"Aah pakcik. Alhamdulillah. Saya baru nak rasa nikmat menganggur tapi mak bising bising suruh kerja. Sempat la merasa nikmat mengganggur sebulan masa raya puasa tahun lepas."

"Alhamdulillah. Murah rezeki awak. Gaji starting kerja sini ok?"

"Alhamdulillah. :)"


Lama borak pulak daripada masa diambil untuk cek mata. Bila difikirkan balik sebenarnya betullah... Murah rezeki aku mungkin sebab atas doa doa mak ayah aku. Kerja pun dapat dengan rumah. Tak perlu keluar duit nak menyewa rumah. Kereta pun pinjam kereta kancil turun temurun yang dibeli ayah masa aku usia 12tahun lagi. Dah habis bayar dah pun. 

Alhamdulillah. Biar lah orang ramai duk gasak aku beli kete baru pun. Aku memang takde nafsu bab kereta. Asal boleh bawak aku bawak. Sebab aku tahu aku bukanlah seorang pemandu yang cermat. Dalam tempoh 3bulan kerja 2kali eksiden. Apa kes? Kau rasa layak aku nak pakai kereta mewah letop letop? Hahahambar. 


Seronok kerja deal dengan orang awam ni. Bos kau adalah customer kau sendiri. Aku pun masih belajar nak deal dengan ragam ragam masyarakat yang sememangnya pelbagai. 


Hujung bulan konvo. Demam dah nak baik. Selsema dan batuk pun dah berkurangan. Cuma suara masih ala ala ella lentok nyanyi lagi Sembilu. Hahaha.

Doakan GBM moga sentiasa success dunia akhirat ye. Nak datang melawat GBM konvo sambil bawak sejambak fererorocher sangat dialu alukan. Haha. 


Sekian, 

No comments: