Pages

Sunday, 29 October 2017

Alhamdulillah| Kelahiran sulung GBM

Alhamdulillah..

Hampir setahun tak membuka laptop. Laptop pun dah macam tak nampak rupa laptop. Debu seinci tebalnya. Tiba tiba terdetik rasa rindu nak menaip. Actually yang ni pun bukan laptop sendiri pun, pakai laptop suami jugak. Kes laptop sendiri berhabuk malas nak lap. muahaha. 


Pejam celik pejam celik dah hampir 5 bulan bergelar ibu. Alhamdulillah kelahiran puteri sulung GBM yang diberi nama Hana Sorfina selamat dilahirkan pada tanggal 1 June 2017. Tarikh dimana aku plan nak balik ke terengganu untuk melahirkan Hana tarikh itu juga Allah pilih untuk Hana keluar melihat dunia. Kalau di ikutkan tarikh due Hana sepatutnya 16 june 2017, so aku dengan suami plan nak balik terengganu 1 June. Untuk makluman GBM sekarang menetap diPerlis dan berkerja sebagai OPTOMETRIST sepenuh masa di salah sebuah premis optikal di bandar Kangar. 

Hana Sorfina first day of life. :)
Kita hanya mampu merancang tapi DIA sebaik baik perancang. 30 may tu waktu bangun sahur jam 5am seperti biasa aku ke toilet untuk mencuci muka dan membuang apa yang perlu. Tapi saat itu aku merasakan ada cecair yang mengalir. Bila diteliti rupa rupanya darah. Aku dengar gementar terus kejutkan suami. Waktu itu takde rasa sebarang sakit pun hanya keluar tanda darah sahaja. Lepas siap siap sahur aku bersiap pergi Hospital Kangar bahagian ward ibu dan anak. Doktor tahan masuk ward sebab air ketuban aku waktu tu kurang daripada normal. 


Pagi tu jugak aku call mak ayah dekat Terengganu cakap doktor tahan ward sebab air ketuban kurang. Mak dengan ayah pun pagi tu jugak berangkat ke Perlis bawak semua kelengkapan nak sambut bayi. Semua kelengkapan bayi aku dah beli tapi semua tinggal di terengganu sebab dah plan nak balik berpantang disana. Menurut maklumat doktor air ketuban dah berkurangan tapi bukaan masih tak bukak. Kalau dalam masa 24jam tak bukak doktor akan induce masukkan ubat dari bawah untuk bantu bukaan tersebut. 


Aku pun teringat dialog aku dengan customer aku yang merupakan staff nurse di hospital tersebut. 

"Kak tahu ke ward bersalin dekat mana?"

"Oh, dekat bangunan baru tu. Nama dia blok B. Adik berapa bulan dah ni?"

"Dah 8bulan lebih dah. Nanti saya nak ajak suami tengok tengok lah. Takot emergency terberanak dekat sini. Tapi kalau boleh saya nak sangat sangat beranak dekat terengganu. Nak berpantang dekat sana."

"Isyk. tak boleh cakap macam tu. Tak elok. Nanti kalau dah ditakdirkan Allah beranak dekat sini kan baby taknak keluar."

"Astaghfirullahalazim.. taknak kak. kalau boleh nak bersalin mudah semuanya selamat."

"Ye adik. Sebaik baiknya mintak dipermudahkan bersalin dengan Allah."


Ya Allah. Terus aku istighfar banyak banyak menyesali kata kata aku tempoh hari. Keesokkan harinya aku kena induce. Waktu masukkan ubat tu tak sakit pun. Tapi effect dia lepas beberapa jam tu hanya Tuhan saja yang tahu. Sakitnya azab sampai nak berjalan pergi toilet pun kena pimpin. Doctor kata lepas masukkan ubat induce ini kalau masih tiada bukaan doctor akan masukkan ubat induce ke-2. Tapi kalau masih jugak tiada bukaan jalan terakhir adalah ceaser. 

Dalam hati aku dah berdoa sungguh sungguh taknak induce lagi dah. Taknak jugak ceaser. Sakit. Betullah orang cakap waktu tengah mengandung doa yang baik baik. Sebab kita tak tahu apa nak jadi diwaktu mendatang. Malam tu aku dah sakit sangat sangat. Aku pun call suami cakap sakittt sangat tak tahan dah ni. Lepas tu suami aku ketuk pintu ward cakap dekat guard suh tengok tengokkan katil aku. Sebab orang lelaki tak boleh masuk ward bukan waktu melawat. 
Guard tu cakap... "kalau sakit sangat tekan loceng dekat sebelah ni saya letak atas katil awak ni. kejap lagi doktor datang."
Cucu perempuan sulung Tokki belah Terengganu. 

Cek jalan baru bukak 2cm malam tu. Tapi sakit dia Wallahi macam dah tak nampak masa depan. Gelap. Malam tu aku memang tak boleh tidur sebab sakit sangat. Aku amek wuduk baca surah Maryam baru boleh tidur. Tapi kejap kejap terjaga. Jam 2am macam tu aku rasa sakit teramat dah bahagian pinggang belakang, nak bangun bukan main sakit. Waktu siang tu aku dah mintak maaf dekat semua dah. Mak ayah, umi ayah dan semua sebab aku dah rasa sakit sangat macam nak tercabut nyawa dah. Aku tekan loceng yang guard tu letak atas katil aku tadi tu. Doktor pun check jalan bukaan dah terbukak 4cm dah boleh masuk labour room dah. Tapi sebelum masuk labour room doktor suruh makan dan pergi ke tandas dahulu. Sebab nanti bila dah masuk labour room memang tak boleh nak makan dah.


Aku sempat makan kurma Ajwa 3 bijik, dan air susu sekotak tu pun keluar balik. MUNTAHHHH. penuh katil aku dengan muntah sebelum masuk labour room tu. Aku pun tekan loceng lagi sekali nak bagitahu nurse aku muntahhh dan aku nak sangatt suami aku ada waktu tu. Nurse pun cakap boleh panggil masuk suami untuk tolong awak bersiap masuk labour room. Suami aku tidur dekat surau hospital 2malam dah tunggu masa saja nak masuk labour room. Masa dalam labour room suami boleh teman isteri. 

Masa aku dalam labour room tu jam 3.30am. Aku ingat lagi sebab aku sempat toleh jam dalam labour room tu. Dalam labour room wajib ada jam sebab nak kenal pasti waktu kelahiran setiap bayi. Besar jam dia. Aku yang rabun tak pakai spect waktu tu boleh nampak jam lagi. Waktu dekat labour room tu memang sunyi. Waktu tu hanya ada aku sorang yang menghuni bilik labour room. Bilik labour room yang lain semua kosong. 

"Nurse, sakitttttt sangat niii. Takda ubat ke nak kurangkan sakit ni. tak tahannn."

"Takde ubat dik. Sakit bersalin semua macam ni. Adik istighfar banyak banyak ya. Adik baca LAILLAHAILAANTA SUBHANAKAINNIKUNTUM MINNALZHOLIMIN."

"Nurse, wire-wire ni tak boleh cabut dulu ke?"

"Takboleh adik. wire wire ni untuk monitor pergerakan bayi."


Kalini memang kerap contraction tu datang. Aku rasa setiap minit contraction tu datang. Tiap kali contraction tu, setiap tu aku menggelupur atas katil tu sambil tarik tangan suami. Sebab ada wire wire dekat perut yang nak pantau pergerakan dan jantung bayi tu agak mengganggu aku nak berpusing ke kiri dan kanan. Sebab tu aku mintak cabut. Manaku tahu wire tu untuk apa. haha

"Abg, sakiiittttttttttt." sampai mengalir airmata takyah cakap la. berpeluh peluh. Walaupun dalam tu ada aircond. 

Bidan nurse yang rawat aku tu kesian tengok aku dia bagi ubat sedut untuk bagi kurang sikit sakit contraction. Aku pun tak pasti ubat apa. Apa yang aku pasti setiap kali contraction datang aku sedut ubat tu sedalam dalamnya. Sampai khayal aku jadinya. haha. 

Nurse tu cakap dekat suami suruh keluar pergi bersahur dulu. Takot terlepas waktu subuh. Tapi aku sayang nak lepas.

"Abg, jangan makan lama sangat sakit nii."

"ye. lepas abg makan abg terus datang sini."

Bidan nurse yang baik hati tu dengan sukarela ganti tempat suami aku kejap sementara suami aku keluar bersahur diluar bilik bersalin tu. Aku tak kira dah sapa. Waktu contraction datang dengan baju baju nurse tu aku tarik. Kesian nurse tu.

Nurse pesan jangan kerap sangat guna ubat tu nanti takot tak sedar bayi nak keluar sebab tak rasa. Tapi aku tetap sedut jugak. Lepas sejam bidan nurse tersebut check jalan tengok bukaan dah 10cm. Nurse cakap okay dah boleh start teran dah.

"Tapi saya tak pandai nak teran boleh ajar tak?"

"Anak sulung ke?"

"Aah."


"Kaki dan punggung kena jejak katil. Punggung jangan angkat sewaktu meneran."

"Boleh nurse tolong pegangkan lutut saya tak takot tak sedar terangkat punggung. Takot."

Sekali teran nampak jambul Hana. Nak keluarkan kepala hana sahaja ambil banyak kali teran jugak sebab tak berdaya. Peluh usahkan dikira rasa boleh perah tudung tu. Waktu dalam labour room tu aku pakai tudung bawal tapi aku mintak suami aku bukakkan pin sebab memang sesak sangat. Tudung instan aku ada tapi dah lencun kena muntah tadi dekat ward tu. Tu terpaksa sarung bawal.

Kanan: Hana sewaktu 8bulan dalam perut ibu.
Kiri: Hana first day melihat dunia. (Hidung tu sama!)


Alhamdulillah, tepat jam 5.33am Hana selamat dilahirkan dengan berat 2.84kg. Keluar je Hana riuh suara dia satu block labour room. Nurse letakkan Hana atas dada aku, sepanjang tempoh keluarkan uri dan jahitan dekat bawah aku tak rasa apa. Sebab aku duk ralit tengok Hana yang penuh kesyahduan. Suami pergi ambil wuduk untuk azankan Hana. Alhamdulillah. Semuanya selamat.

Hari ke-7 Tokayah perlis cukurkan kepala Hana. 


Lepas bersalin baru aku tahu, Mak ayah dan mak mertua aku datang awal bersahur diluar bilik labour room untuk menanti kelahiran cucu mereka. Ayah mertua dan adik ipar yang lain lain datang lepas selesai bersahur. Semua excited nak tengok Hana.

Full of happiness waiting outside the labour room. :))

Nanti Hana dah besar Hana tengoklah ni semua orang sayangkan Hana saat Hana belum dilahirkan lagi tau. Ibu ayah dah sememangnya sayangkan kamu sejak disahkan ada janin sedang membesar dalam perut ibu. ;)


Alhamdulillah, sekarang usia Hana dah menjangkau ke 5 bulan. Sekejap je ibu rasa masa berlalu. Bulan 12 dah boleh makan solid food dah. Happy lah Hana ni nanti. Kalau tak sebelum ni duk perhati orang makan je sampai meleleh leleh air liur dia. Semua yang menengoknya pasti tak sampai hati.. Nak share dengan hana tak boleh lagi. Usus dan perut hana belum matang lagi nak terima solid food buat sementara ni. Sabar ye sayang. 


Pengalaman bersalin pertama kali buat aku ni memberikan aku banyak pengajaran.


Pertama: Jaga tingkahlaku dan percakapan ketika sedang hamil. Sebab setiap kata itu doa. 
Kedua: Buat baik dengan semua orang seperti tiada lagi hari esok untuk kamu. 
Ketiga: Betullah orang cakap bersalin tu ibarat tengah berjuang dengan maut. Kasihi dan sayangi ibu kamu. Jangan sesekali sakiti beliau. Cukup sekali beliau "disakiti" saat melahirkan kamu. 
Keempat: Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah.


Terima kasih buat semua warga kerja Hospital Tunku Fauziah, Kangar bahagian Ward Ibu dan anak. Atas semua layanan yang baik sepanjang proses dari hari pertama aku dimasukkan ward sehingga Hana selamat dilahirkan. Staff nurse dan doktor semua baik baik. Terutama bidan nurse yang melayan aku yang banyak karenah dalam labour room tu. Siap tolong ajar meneran. I cant forget all your kindness. Thank you very much. 


Terima kasih juga buat semua family, saudara mara, dan rakan rakan yang mendoakan kami. Semoga dipermudahkan urusan kalian semua. Terima kasih buat semua yang sudi baca celoteh panjang aku kali ni. Entry ni ditulis sebagai kenangan pertama aku merasa sendiri sakit bersalin. Nanti dah pregnat kali kedua boleh rujuk balik entry ni. Mana tahu kot kot terlupa macam mana rasa sakit bersalin tuuu. haha. Tapi aku rasa mana mungkin aku boleh lupa pengalaman sakit yang satu nii. Its too PRECIOUS!

HANA SORFINA.
"Rezeki tanpa kepayahan yang bersih."

Sekian,

Terima kasih. 

Monday, 23 January 2017

WELCOME 2017


2016

28 March 2016:
GBM become an aunty! Mak ayah dapat first cucu dan aku dapat first anak sedara. Excited dia macam dapat anak sulung sendiri. hihi. 


29 April 2016: 
GBM's Convocation Day. Officially dapat degree in Bachelor of Optometry. Ingatkan mak ayah tak dapat nak join sebab kakak kan sedang dalam pantang. Alhamdulillah, mak ayah, yuni dan najwa dapat datang memeriahkan majlis. Dan tak ketinggalan ex-crush zaman matrik pun datang yaww. =p


4 June 2016:
GBM getting engaged. With who? Dengan dia ex-crush zaman matrik yang datang masa konvo tadi tuww. haha.


10 September 2016:
GBM getting married! Dengan si tunang yang datang masa konvo tu jugak. 


30 December 2016:
GBM dapat second anak sedara. Gibran Alvan! Of courselah bukan dari kakak yang sama. Yang ni kakak yang sulung. Sekarang masih lagi berpantang dirumah. Semerbak bau baby dalam rumah ni. Nyamannnn betul bau dia! 


Alhamdulillah. Penutup yang baik untuk tahun 2016 dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga kecil kami. 3 orang baru dalam masa setahun. Seorang menantu dan dua cucu. Who will expect this kan? Senyum sendirian bila imbas kembali. Alhamdulillah Moga tahun tahun yang mendatang lebih baik untuk kami sekeluarga. InsyaAllah. 



2017
InsyaAllah. Another grandchildren will coming soon. 
Nervous but excited. 
Doakan kami moga selamat semuanya. 



Ahlan wasahlan 2017. 


Sekian, 

Monday, 3 October 2016

WALIMATULURUS| Officially Puan GBM

Bismillahirahmanirahim,

"Awak, awak rasa apa panggilan yang sesuai dan awak pun selesa untuk saya panggil awak?"

"Saya-awak pun okay. Saya rasa rapat dengan isteri saya."


Alhamdulillah, dengan sekali lafaz diri ini secara sah bergelar seorang isteri diusia 23tahun 11bulan 21 hari. Dan dialog diatas antara dialog pertama antara aku dan dia face-to-face. Yes, dia...suamiku. 

We know each other about 6 years ago in 2010. Kolej matrikulasi kedah tempat kami berkenalan. Setahun di matrikulasi kami berpisah selama empat tahun kerana bidang yang diambil masing masing berbeza. Dia engineering diUSM. Aku optometrist diUITM. 4 tahun kami tak bersua muka. 4 tahun tak pernah call. Kami berhubung semasa kami di tahun 2 itupun melalui facebook dan mesej. Sebelum aku upgrate telefon kepada smartphone lalu whatsapp diperkenalkan. Lalu selepas itu whatsapp mengambil alih medan sosial kami.

Jenis aku, aku tak suka sangat mesej yang sia sia. Sebab awak dah selalu sangat tanya khabar mak ayah saya sampai saya fedup nak jawab padahal awak sendiri pun tak pernah jumpa mak ayah saya pun. Saya faham signal yang awak dah bagi tu. Sebab itu saya direct bagi no fon mak dan ayah saya pada awak. Supaya awak terus direct contact diorang itupun kalau awak beranilahkan. Sebab tak ramai lelaki hariini walaupun terlihat sadoo berani untuk contact ibubapa siperempuan untuk menyatakan hasrat yang terpendam.

Selepas lebih kurang seminggu kejadian aku bagi no fon mak ayah pada dia.. tiba tiba suatu hari mak cakap...

"Ada kawan awak contact mak ni."

Dan aku tersenyum. Tahniah dan terima kasih untuk keberanian.

I dont remember the date that awak started to whatsapp mak. yang saya ingat ianya dalam satu tempoh yang panjang jugaklah. dalam 2-3 tahun kot.

Masa aku ditahun 3 pengajian, mak bagitahu kawan yang belajar diUSM pinang tu datang umah tadi. Datang sorang sorang.. sambil borak borak dengan mak ayah. Dalam dua jam jugak laa proses makan makan dan borak borak tu berlangsung. Masa tu saya diUiTM Puncak Alam. Dan awak datang sorang sorang dari penang ke terengganu semata mata untuk berkenalan dengan mak ayah saya. Wallahi terkejuttt. Tak tenteram saya di Puncak Alam tuuu tauu. Keberanian darimana yang awak seru ni??? Tertanya tanya jugaklah saya borak borak apa sampai 2 jam sorang sorang pulak tu. T_T

Masa di semester 7 tahun akhir, mak ayah ajak jenjalan di Pulau Pinang. Sampai dipenang mak baru cakap..
"Mak ajak kawan yang belajar di USM penang tu join makan sekali."

Walaupun masa tu awkwardnya, hanya Tuhan yang tahu. First time jumpa after 4 tahun. Tapi sepatah dialog pun tak kluar. Yang ada cuma jeling menjeling je. Tak tahulah kenapa jadi segan sangat nak cakap padahal dulu masa dekat matrik dia kemain lancar ngajor math, kimia, fizik. Tetibe jadi kelu lidah. *Sebenarnya dia sifu dimatrik dulu. Terer semua subject. Dulu dapat 4flat sebab curi aura ilmu dari dia ni lah. >.<

................................


2 Syawal 2015.
Dia ajak family dia datang beraya ke rumah. Tanpa menyatakan hasrat sebenar kedatangan. Ingatkan datang beraya saja saja. Rupanya datang berniat.. untuk risik risik bunga ditaman. Saya ni pulak jenis otak lemah payah nak tangkap. haha. malunyaaa.



29 April 2016
Dia buat kejutan lagi. Jauh datang dari Perlis semata mata nak datang ke majlis konvokesyen budak perempuan yang tiada kaitan pun dengan dia. Walhal sewaktu konvokesyen dia, aku tak pergi pun. Sekali lagi terharu. Dan sekali lagi tiada dialog sangat pun antara aku dan dia. Melainkan sebelum balik sempatlah aku passkan dekat dia sekeping kad bertulis:

"Terima kasih sudi datang dari jauh."


Beberapa hari selepas selesai majlis konvokesyen. Awak kejutkan saya dengan sekeping gambar kertas bertulis tarikh.. Tarikh tunang dan nikah. Dan malam tu ayah awak call ayah saya dan tarikh pertunangan pun telah disepakati.



4 Jun 2016
Tarikh kami mengikat tali pertunangan. Perasaan masa bertunang ya Allah.. Nervous dia lagi hebat dari nak ambil result final exam. Terketar, sejuk seluruh badan. Sampaikan aku whatsapp dia...

"Boleh tak nak sarung cincin dalam bilik je. taknak sarung dekat luar. segannn." 




10 September 2016
Alhamdulillah. dengan sekali lafaz... termetrai ikatan yang sah antara kita. Walaupun masa akad nikah dan majlis kenduri masih malu malu. Walaupun kebanyakan gambar kahwin semua macam kaku je. Cuma bila ada scene yang photographer suruh pegang je baru pegang. selain tu semua kaku. Macam gambar orang yang belum kahwin jee. Nak buat cemanaaa. masing masing malu lagi. Takpelah nanti boleh cerita dekat anak anak... makpak dia ni pemalu sebab tu gambar kawen kaku. Macam orang kena kahwin paksa.. haha.


Antara rakan optometrist yang hadir;


Thank you mira, fatin, dan ani sudi datang dari jauh dan bawak hadiah besar. :)

UiTM Optom batch 6. 
Kak teha sorang tak masuk tema. haipp =pp. 
Terima kasih semua yang hadir. Sanggup diorang skip kerja semata nak datang kenduri kitee. Kerja Optical line ni tak sama dengan orang lain kerja tau. Orang lain cuti, kita kena kerja. Orang lain kerja, kita cuti. 

Antara rakan sekolah yang hadir;


Diorang antara orang yang terawal hadir menyaksikan majlis akad nikah. Terima kasih semua. Semoga persahabatan yang dibina sejak dibangku sekolah kekal hingga ke syurga. 

Kawan tempat meluahkan perasaan. Lepas akad nikah lari peluk diorang sebab nak sorok muka sedih. 


Fatin dan amirah. Kawan melepak, kawan meluahkan perasaan sedih, gembira, suka, duka. Terima kasih untuk bacheloratte party yang sangat menyeronokkan tempoh hari. Bergelak ketawa, main mekap mekap dan berenang selama 2jam tak naik naik dari swimming pool. Ya Allah seronoknya. Lama tak gelak macam ni lepas dah masuk kerja. Saya sayang awak semua fillah. Moga awak awak semua dipermudahkan urusan jodoh, nanti dah ada anak bagi anak anak kita pulak main sama sama. Jangan lupakan saya lepasni. huhu



Setelah kita melakukan tugas dan bahagian kita,Iaitu berusaha dan berdoa,Maka biarlah Allah yang membuat keputusan,Untuk menentukan dan meminjamkan,apa yang terbaik buat kita.
Terima kasih suamiku,
atas keberanian memikat waliku,
atas kesabaran dan kegigihan untuk menghalalkan kita,
atas teguran dan kebaikan yang diberikan,
atas kesudian menjadikan diri ini pasangan hidupmu.




Semoga cinta yang baru hendak berputik ini terus disulami dengan kesabaran dan kecekalan.
Selama kita punya Allah dihati kita, moga Allah pelihara perasaan ini dari terus terpadam.

ALWAYS REMEMBER:No matter which situation you’re in right now.
Allah chose it for you.
Don’t be sad,
don’t complain.
Allah knows best
And He will give you the best,
even if it takes time.

Be thankful for everything,

Alhamdulillah. :)


My small family with a big heart. I love u.


The most emotional part in your life when your father said...


"Ayah serahkan tanggungjawab ayah selama ini kepada insan bergelar suami."

Ayat pendek.

Tapi effect dia lain.

Wallahi. Sebak. 

Sebelum akad nikah bermula, ayah ada jumpa dengan aku. 

"Ayah nak minta izin, ayah nak nikahkan anak ayah dengan Ahmad Huzaifah tanpa sebarang paksaan. Na setuju tak?"

Aku tak mampu nak jawab. Sebak. Lalu kepala diangguk lemah dan senyum sehabis manis. 

Saat saksi mengatakan sah. Maka terjatuh jua air mata yang ditahan. Dahlah aku tak prepare sebarang tisu. terpaksa cuit adik sebelah untuk mintakan tisu. *Comot betul pengantin ni. 

"Terima kasih ayah dan mak untuk kesabaran selama 24 tahun membesar dan mendidik diri ini. Dan hari ini anakanda bernikah dan menjadi milik seorang suami bersaksikanmu. Terima kasih untuk doa restu yang tak pernah padam." - GBM


Doakan kami dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. Ini masa kenduri ngator sebelah suami. *pinjam spupu gebu dia. geram tengok pipi. 


Assalamualaikum suamiku. 
Semoga kasih kita kekal ke syurga. 
Hadiah ulang tahun kelahiran yang paling bermakna buat saya tahun ini adalah awak.
I love you. 


Sekian, 

Sunday, 14 August 2016

Kehidupan sebenar Optometrist


Alhamdulillah. Masih diberi ruang dan peluang untuk melebarkan sayap sayap cinta atas ruang maya yang dirindui. Maafkan patik atas ketidakmampuan diri kerana tidak mampu melawan rasa malas yang membuak dalam diri ni. Sampaikan puasa dah habis, raya pun dah berlalu. Dah nak masuk raya haji baru rasa rajin datang. Isyk2. 


Life as an optometrist is not an easy. Lagi lagi bila kerja dalam optical shop plus dalam mall yang working hour bagai nak baraii otak kerja kerja kerja. *amboi macam busy sangat bunyinye.* Sebenarnya kerja dalam mall ni bergantung kepada keadaan jugak. Kalau customer ramai, memang tak boleh nak duduk. Sedar sedar tengok jam huish dah 2 jam aku berdiri tak duduk duduk check mata orang tak henti henti. Raya haritu pun orang lain cuti aku tak dapat cuti pun. Raya sekerat hari je. Sempatlah bersalam salaman dengan family dan beraya rumah sedara mara. Pukul 2 aku balik rumah solat kejap pastu tido. Sebab nak masuk kerja pulak.  Aku ada borak dengan mak seminggu sebelum syawal berlalu.. 

"Mak, orang rasa raya tahun ni tak best la. macam tak meriah."

"Nak meriah amendenye dah kamu tu kerje je manjang. Orang beraya dia kerja."

"Dah nak buat macam mane.. tanggungjawab." hihi. sengih macam kerang busuk. 


Walaupun dapat double paid sebab kerja first hari raya... tapi value of the ukhwah during hari raya tak ternilai dek wang ringgit. Betol! sebab aku rasa tahun ni aku dapat kira dengan jari berapa buah rumah je aku sempat pergi beraya. Ada dalam lima kot. eh. tak pun enam. haaa. lebih kurang macam tu lah. 


Tapi yang special tahun ni sebab aku dapat memberi duit raya untuk adik adik, dan sedara mara. Yang mana aku sempat beraya aku bagi yang tak sempat kita jumpa tahun depan ye. InsyaAllah. Konsep duit raya aku lain skit. Yang mana masuk U dapat lebih. yang masih sekolah dapat kurang. Sebab aku tahu ke"dhaif"an hidup seorang mahasiswa ni. Dah lah berjauhan dengan keluarga, duduk kolej makanan mahal mahal. Makan pun sehari sekali je.  Nak beli buku rujukan budak U bukan semurah buku ABC..harga beratus ratus. Barai poket nak beli buku demi sebuah masa depan. Nak mintak duit dengan mak ayah segan bagaikan diluah mati emak ditelan mati bapak. I know that feeling bro. It too difficult to describe. 

Back to the reality life. Pejam celik pejam celik dah hampir setahun aku dalam bidang optical. 1 Sept 2016 genap setahun GBM bergelar Optometrist sepenuh masa. Alhamdulillah. :)

Alhamdulillah
Sepanjang tempoh hampir setahun kerja macam macam ragam customer yang aku jumpa. Ada yang kepoci, ada je benda yang dia nak tanya. ada yang pemalu.. suruh baca huruf kat depan, ya ampun suara macam kentut dalam kain dengar pun sipi sipi je. Yang paling best kalau check mata budak budak siap nak mintak mak dia temankan. No no no. Rule GBM. Parents cannot enter refraction room. Salah satu sebab nanti anak dia akan jadi manja tak boleh nak baca huruf dekat depan. Yang ni aku belajar masa aku praktikal dulu. Banyak yang aku belajar masa aku praktikal dulu aku boleh aplikasikan masa aku kerja ni. Antara yang lain ialah handle customer pekak dan bisu. Yang ni kalau takde pengalaman ni, mahu gabra parkinson seluruh badan kalau tetibe first time dapat customer macam ni. Yang ni aku pernah story dekat previous entry SINI


Betulah orang cakap. Pengalaman mematangkan usia seseorang. Manusia ni belajar daripada pengalaman. Tiada hari semalam maka tiada kenangan yang dicipta untuk hari mendatang. Hurm. Sebut pasal usia.. tak lama lagi dah nak masuk 24 dah cik GBM ni. Haish. Rasa macam tak leh terima hakikat je lagi 6 tahun nak masuk 3 series. Ya Allah. sekejap sangat masa berlalu ni. Nervous pulak tetiba nak menjengah ke bulan September ni. 

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua dunia dan akhirat. 

InsyAllah.

Doakan GBM semoga terus success dalam bidang ini. Moga kita semua lebih ikhlas dalam bekerja. InsyaAllah. 


Sekian, 


Terima kasih. 

Wednesday, 10 August 2016

JODOH

Saat kita menyukai seseorang,
kemudian kita lupakan, dan tinggalkan.
mungkin kerana berjauhan jarak dan masa. 

Lalu kita memilih untuk menyibukkan diri
-belajar, sekolah, bekerja, dan meniti kerjaya.

Maka jika memang jodoh, 
dia akan kembali dengan cara yang menakjubkan.

Sampai kita sendiri tak terduga.
-Begitu hebat aturan DIA. 


"Ada rindu yang tak terucapkan. Tapi diganti dengan sayap-sayap doa yang berterbangan ke langit Tuhan."


Kerana tiada sebuah doa yang sia sia disisi DIA. 


Sekian,